PROFIL JURULATIH NY ADVENTURE & CONSULTANT
Name : Mohd Yatim B. Kamruddin
Age : 52 Years old
Experience : Mempunyai pengalaman dalam bidang rekreasi luar selama 25 tahun. En. Mohd Yatim merupakan salah seorang daripada kumpulan pendaki-pendaki Malaysia yang pertama berjaya menawan puncak Kallar Pattar,Nepal yakini merupakan puncak latihan untuk pendaki-pendaki Everest untuk membiasakan diri dengan cuaca ketika ingin mendaki Everest. Hasil pengalaman & minat yang tinggi dalam bidang rekreasi laur ini beliau telah di nobatkan sebagai pemegang ‘Malaysian Book of Record” Highest Repelling di Air terjun Gunung Stong,Kelantan yang mencapai ketinggian 365 meter. Beliau juga merupakan seorang jurulatih rekreasi luar tahap 1,2,3 dan TOT (Training Of Trainer) untuk Program Latihan Khidmat Negaran (PLKN) batch 1. En. Mohd Yatim juga merupakan pemegang lessen pemandu pelancong dalam kata lain “Nature Tourist Guide”. Beliau juga merupakan seorang motivator yang terlatih dalam memberikan ceramah-ceramah motivasi. Tambahan lagi, beliau merupakan krew sokongan utuk kayuhan kayak merdeka bagi mencipta rekod mengelilingi semenanjung Malaysia yang telah dijayakan pada tahun 2010.
Highest Repeller
Name : Mohammad Shazwan
Age : 25 Tahun
Experiences : Mempunyai pengalaman dalam bidang rekreasi luar selama 7 tahun. Merupakan graduan lepasan UNISEL dalam bidang Diploma Pengimejan Perubatan. Mempunyai sijil kayak Star 1&11. Mempunyai sijil rekreasi luar tahap 1,2,3. Tambahan lagi, minat dalam bidang rekreasi, beliau telah berjaya menawan beberapa puncak gunung di Malaysia di antaranya Gunung Stong, Gunung Ayam, Gunung Baha,Kelantan, Gunung Nuang,Selangor, Gunung Dato’, N.Sembilan. Gunung Ledang dan sebagainya. Merupakan jurulatih yang terlatih. Beliau juga merupakan salah seorang crew bagi menjayakan “Malaysian Book of Record” Highest & Youngest Repelling di air terjun Gunung Stong pada tahun 2005.
Jurulatih-jurulatih & Facilitator
1) NY Adventure & Consultant juga terdiri daripada jurulati-jurulatih yang bertauliah antaranya penyelamat DBKL, Pegawai Penjara Malaysia yang mempunyai sijil kursus tali tinggi.
2) Kami juga terdiri daripada facilitator lepasan universiti tempatan mahupun luar Negara.
KAMI
ABANG DELL & THE GENG
ABANG ALAN
ABANG IJAL









































