Sunday, 16 March 2014

PROFIL-NY ADVENTURE & CONSULTANT

.....Assalamualaikum......

Perniagaan NYAC ini diasaskan atas dasar minat yang mendalam dalam bidang rekreasi lasak dan semangat berpasukan yang ingin di terapkan dalam sesebuah organisasi. NYAC ini juga ditubuhkan atas dasar bertangungjawab ingin mendidik, memberikan motivasi dan pembangunan jati diri kepada murid-murid sekolah, pelajar-pelajar university, dan pelajar lepasan universiti di Malaysia bagi meningkatkan jati diri dalam menempuh zaman globlalisasi yang semakin membimbangkan pada masa kini. Tambahan lagi NYAC juga menyediakan program berkualiti dan profesional seperti kerja berpasukan, kursus motivasi dan sebagainya bagi pembentukan karisma individu, keyakinan diri serta mewujudkan kepimpinan yang berwibawa dalam sesebuah organisasi.
NYAC juga mempunyai facilitator & jurulatih yang bertauliah dalam menjalankan setiap aktiviti kami.
NYAC juga pada dasarnya ingin bersama-sama anda berkongsi pengalaman-pengalaman yang indah apabila anda bersam-sama kami menjalankan aktiviti-aktiviti luar tanpa boleh dibeli dengan wang ringgit melainkan anda sendri melaluinya. 
Bagi pihak NYAC aspek keselamatan dalam menjalankan setiap aktiviti luar/lasak adalah keutamaan kami mengikut Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Tambahan lagi, setiap aktiviti NYAC akan disertakan insurans berkelompok bagi menjamin keselamatan peserta program.

VISI NYAC
NY Adventure & Consultant “Back To Nature”

MISI NYAC
1-      Menyediakan perkhidmatan bertaraf professional kepada setiap pelangan NYAC.
2-      Memastikan keselamatan peserta-peserta program NYAC  terjamin.
3-      Berkongsi pengalaman-pengalaman manis bersama perta-peserta.
4-      Beriltizam melahirkan individu yang berdisiplin & jati diri yang tinggi
  
OBJEKTIF NYAC
1-      Meningkatkan, membentuk keyakinan diri serta ikhtiar hidup dalam menempuh zaman yang serba canggih.
2-      Berkongsi segala pengalaman pahit manis dan pendedahan dalam bidang rekreasi agar dapat di aplikasikan dalam kehidupan yang nyata.
3-      Memastikan kepuasan pelanggan yang tinggi apabila menggunakan khidmat NYAC




1 comment: